Home
About Us
IT Projects
Download
Screen Shots
Training & Courses
Publications
List of References
Clients
Personal Collection of Quotations
House of Thinking & Imagination

FAQ
Feedbacks


Search

CV - Maimunah Osman ( Bahasa Melayu )


MAIMUNAH OSMAN
mai@menara.com.my

Maimunah Osman percaya bahawa kita perlu kembali kepada asas iaitu kembali kepada Ilmu dan Berfikir. Beliau juga percaya bahawa telah banyak usaha yang kita buat untuk meningkatkan Ilmu, namun tidak banyak yang dibuat untuk Berfikir. Sehingga kini beliau telah banyak melakukan fasilitasi pembelajaran dalam bidang yang beliau minati iaitu Kemahiran Berfikir dan Kreativiti, di banyak organisasi di dalam negara.

Di samping itu beliau juga banyak mengendalikan bengkel, kursus dan menyampaikan ceramah dalam bidang-bidang lain khususnya Kepimpinan, Pengurusan Organisasi, dan Pembangunan Kendiri.

Maimunah ialah Corporate and Private Certified Instructor bagi teknik-teknik Edward de Bono dalam 4 teknik-teknik Kemahiran Berfikir dan Kreativiti: Lateral Thinking (2000), Six Thinking Hats (2001) Direct Attention Thinking Tools (DATT) (2003) dan Simplicity. Di samping itu Maimunah juga ialah Accredited facilitator bagi Ujian Psikologi MBTI (Myer-Briggs Type Indicator) dan juga instructor bertauliah bagi Tony Buzan, Qualified Buzan Instructor (Think, Learn and Create, Mind Mapping)

Beliau memiliki kelulusan Sarjana Pentadbiran Awam (Master of Public Administration - MPA), Universiti Malaya, Diploma Pengurusan Awam (lepas Ijazah) (INTAN), Ijazah Sarjana Muda Sastera (Geografi) Kepujian Kelas Kedua Tinggi Universiti Malaya dan pendidikan awal sehingga GCE 'A' di Singapura.

Maimunah gemar menulis dan telah menghasilkan hasil buah fikirannya melalui 6 buah buku Penerbitan INTAN dalam siri INTAN MANAGEMENT SERIES atas tajuk: Pengucapan Awam Yang Berkesan (2000); Komunikasi dan Perhubungan Interpersonal (2000); Perangkap Masa: Pengurusan Masa Yang Berkesan (2000); Pengurus Dalam Pelbagai Peranan (2002); Kemahiran Berfikir (2004); dan 'Pemikiran Kreatif' yang akan diterbitkan tahun 2005.

Beliau mempunyai pengalaman bekerja dengan Kerajaan selama 20 tahun (Pegawai Tadbir dan Diplomatik) iaitu: INTAN 7 tahun, Lembaga Hasil Dalam Negeri 2 tahun, Jabatan Hasil Dalam Negeri 4 tahun, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri 4 tahun, dan Universiti Malaya 3 tahun.

Antara tajuk-tajuk di bawah bidang kepakaran beliau ialah Kemahiran Berfikir, Kreativiti, Membuka Minda, Mengubah Minda, Berfikir Di Luar Kotak, Kemahiran Berfikir: Six Thinking Hats, Kemahiran Berfikir: Lateral Thinking, Kemahiran Berfikir: Direct Attention Thinking Tools, Membuat Keputusan dan Penyelesaian Masalah, Mempermudahkan Prosedur dan Proses Kerja, Model Kompetenesi Kepimpinan, Organisasi Pembelajaran, Membawa Perubahan dalam Organisasi Dinamik, Memupuk Semangat Sepasukan dalam Organisasi, Pembangunan Sumber Manusia, Membangunkan Persekitaran Nurturing dalam Organisasi, Komunikasi Interpersonal, Pengucapan Awam, dan Pembangunan Kendiri lain.

Sepanjang 7 tahun di dalam bidang latihan dan pembelajaran, beliau telah memberi khidmat nasihat dan pembelajaran kepada ramai pegawai-pegawai awam, pelajar-pelajar universiti dan peserta-peserta kursus antarabangsa. Klik disini untuk senarai




Copyright © Menara Technology & Training 2004-2005.  All rights reserved.

Powered by Mac OS X Server